Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk ku isi
Sebagai isteri
Untuk ku penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk ku beri erti dengan kelembutan
Untuk ku hargai dengan kasih sayang
Ku ingin jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana aku seorang isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana ku isterimu
No comments:
Post a Comment