sajak tarbawi....luahan rasahati...kata-kata hikmat dan motivasi diri, lirik dan koleksi nasyid menyentuh hati.. mendidik jiwa mengingati illahi.. jiwa mahmudah idaman hati...
Wednesday, November 28, 2012
Tuesday, November 27, 2012
Wanita...Dehearty
Hakikat wanita disisi lelaki....
Untuk dikasihi dan disayangi..
Bukan semata-mata....
jadi pemuas diri atau hamba abdi
Hargailah...
Maka engkau akan tetap dihatinya..
Setia selamanya..!!
Wednesday, November 14, 2012
TAFKUR OLEH ZIKRAA
Semoga dapat istiqamah bertafakur padaNya...
Mencari erti hidup ini....
Hidup yang bermakna di dunia..
Untuk hidup yang kekal abadi di sana...
Ya Allah kuatkanlah hati ini
Untuk menempuh jalan hidup ini!!
Sunday, November 11, 2012
Saturday, November 10, 2012
Permata untuk Isteri..by .Kopratasa
Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk ku isi
Sebagai isteri
Untuk ku penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk ku beri erti dengan kelembutan
Untuk ku hargai dengan kasih sayang
Ku ingin jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana aku seorang isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana ku isterimu
Friday, November 9, 2012
Suratan atau Kebetulan....?
SATU NOSTALGIA...!!.
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
Wednesday, November 7, 2012
Sesungguhnya...aku rindu, aku cinta padaMu...
Sebenarnya....
Hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya...
Diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya....
Walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya
Walau ku siram......
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar
Sesungguhnya....
Walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya....
Walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah.....
Kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah.....
Rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku.......
Hanyalah milik Mu
Subscribe to:
Posts (Atom)
7