Monday, September 10, 2012

Bersabarlah wahai hati....


Menelusuri kehidupan ini...
Banyak onak dan duri..
Banyak liku-liku
dan ranjau perlu ditempuhi.

Sekali ku tercucuk onak ,
Tertikam duri...
Teruji cinta di hati..

Aduh..
Sakitnya hati ini
Tidak terperi...
Menangis meraung sendiri
Rasanya gelap sebentar matlamat diri..
Meraba-raba mencari erti..
Sebuah kehidupan yang ku lalui?

Bagaimanakah kan ku bangunkan semula
Hati yang telah luluh?
Bagaimanakah kan kuubati jiwa yang sakit?

Aduh...kembalilah pada fitrahmu!
Bujuki diri....
Allah kan sentiasa ada disisimu
Tidak pernah meninggalkanmu!
Binalah semula keyakinan diri..
Mohon dariNya kekuatan hati..

Matlamat hidup ini
Bukan apa yang diingini nafsu diri.!!

Sukarnya ku membujuk diri...
Sememangnya mujahadah itu pahit...
Kerana syurga itu nikmat dan indah!

Ya Allah ampunilah diri yang lemah ini..
Ampunilah segala bisikan hati
Yang tidak Engkau redai..
Ampunilah..Ampunilah...
Hamba yang lemah tidak berdaya ini!!

Nukilan,
RAW


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
7