Thursday, May 26, 2011

Kehidupan....life as it is!




Kehidupan ini
Adalah satu perjalanan hati-hati insani
Menuju redha illahi.....

Hati-hati yang perlu diikat
Dengan ikatan kasih sayang
Tulus dan sejati kerana Allah
Buat melayari hidup penuh tribulasi...

Tanpa ikatan ini...
Pincanglah hidup
Sirnalah diri
Menggapai sepi sendiri
Dalam lautan kemelut hati
Mencari-cari....
Makna sebuah kehidupan!

Nukilan
RAW


Monday, May 23, 2011

Wajah suci .. yang tidak berdosa dibuang begitu sahaja!!



Bertaubatlah bagi sesiapa yang melakukan perbuatan terkutuk ini.....
Jangan hampiri zina...
Inilah akibatnya.....
Bila terdesak,  tidak mahu menanggung malu,
Lantas beginilah perbuatan manusia zalim
Sampai sungguh hati manusia .......
Yang tiada peri kemanusiaan!! 

Saturday, May 21, 2011

Taubat seorang hamba

Hati Hiba Mengenangkan
Dosa Dosa Yang Ku Lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima Taubat Hamba Berdosa

Ku Akui Kelemahan Diri
Ku Insafi Kekurangan Ini
Ke Kesali Kejahilan Ini
Terimalah (3x) Taubatku Ini

Telah Aku Merasakan Derita Jiwa Dan Perasaan
Telah Hilang Dari Jalan Menuju Redha Mu Ya Tuhan

Di Hamparan Ini Ku Meminta
Moga Taubat Ku Diterima

Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2008/09/lirik-taubat-seorang-hamba-irsyadee.html#ixzz1MvuXbIUG

Thursday, May 19, 2011

Destinasi cinta dalam hidup ini.....hanya Allah!

Destinasi CintaAlbum :
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
[ Destinasi Cinta lyrics found on http://lyrics.my ]
Hanya kecewa menyelubungi
C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Saturday, February 26, 2011

Kerana Cinta



CINTA ITU CAHAYA SANUBARI
KURNIAN TUHAN FITRAH INSANI
KAN DIMANA TERCIPTANYA CINTA
DISITU RINDU BERMULA

CINTA ITU TIDAK PERNAH MEMINTA
TETAPI MEMBERI SEPENUH RELA
RASA BAHGIA BIARPUN SENGSARA
BERKORBAN SEGALA GALA

SEMUA KERANA CINTA
YANG PAHIT MANIS DIRASA
MENGHIBUR NESTAPA MERAWAT DUKA
DAMAI DIJIWA

TERPADAM API BENCI PERMUSUHAN
TERJALINLAH KASIH SAYANG
BEGITULAH CINTA YANG DIIDAMKAN
TANPA NAFSU YANG MENCEMARKAN

DAN JANGAN PULA KERANA BERCINTA
KITA PUN LEKA ENTAH KEMANA
DAN JANGAN PULA KERANA BERCINTA
TERGADAI SEMUA MARUAH AGAMA

CINTA YANG SEJATI
HANYA CINTA KAN ILLAHI
CINTA AYAH BONDA
TULUS SUCI SELAMANYA
CINTAKAN SAUDARA
MASA BERADA
HANYA SEMENTARA
CINTA SESAMA INSAN
SUBURKAN DENGAN KETAQWAAN

Doa Perpisahan (Brothers)


Doa Perpisahan

Album : Teman Sejati
Munsyid : Brothers
http://liriknasyid.com


Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

O.. uwo.. ho..

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu

Oo.. ho.. o...

Sunday, February 6, 2011

Madah Ibnul Qayyim

Dalam hati terdapat kekuatan
Tidak terurai kecuali menerima kehendak Allah

Dalam hati ada keganasan
Tidak hilang kecuali berjinak dengan Allah

Dalam hati ada kesedihan
Tidak hilang kecuali seronok mengenali Allah
Dan baik muamalah denganNya

Dalam hati ada kegelisahan
Tidak tenang damai
Kecuali bertemu jumpa padaNya
Dan lari menujuNya

Dalam hati ada api penyesalan
Tidak padam kecuali redha
Dengan suruhanNya, laranganNya dan qadaNya
Dan sentiasa sabar sehingga menemuiNya

Dalam hati ada hajat
Tidak terbendung kecuali cinta padaNya
Memohon padaNya
Sentiasa berzikir padaNya
Dan keikhlasan sebenar padaNya

Andainya dunia dan segala isinya diberi
Tiada terbendung hajat hati siinsan itu!.





Wednesday, February 2, 2011

PESANAN BUAT GADIS

Duhai gadis!
Dengarkanlah keagungan kalimah Al-Quran
Relakanlah ajaran Muhammad SAW
Menyusup masuk ke lubuk hatimu.....
Keindahannya tersembunyi
Didalam hati dan fikiranmu...
Akan menambah seri di wajahmu...
Umpama mawar yang indah mekar
Meninggalkan pewanginya...
Walau kelopaknya sudah layu!

Duhai gadis!
Dalam usia remajamu
Bila mata-mata pria memandangmu dengan tajam...
Naluri wanitamu akan mengerti
Maksud kerlingan mereka
Tundukkanlah pandanganmu...
Kawallah dirimu...
Dan labuhkan jilbabmu...
Jagalah auratmu....
Hindarkan bisikan-bisikan syaitan
Yang menggoda hati nuranimu
Dari luar dan dalam dirimu
Mintalah perlindungan dari Tuhanmu!

Duhai gadis!
Ketahuilah.....
Kau adalah teman seorang lelaki
Yang  bernama suami....
Bukan hamba atau orang gajinya

Matlamatmu...
Bukan sekadar memuaskan nafsunya
Tapi menolongnya ketika susah...
Bersamanya ketika senang...
Menghiburkannya dengan belaian kasihmu!

Syukuri terhadap apa yang dicarinya untukmu
Hartanya adalah hartamu jua
Memenangi hatinya
Jadilah penyejuk matanya
Wanita beriman dan bertakwa...
Percakapannya merdu...
Kata-katanya lemah lembut..
Jawapannya segar..
Tunduk dan patuh adalah cahaya hidupnya
Rumahnya teman keselamatan dan kegembiraan
Rumahnya adalah syurganya!

Gembiralah lelaki yang menjadikannya isteri
Dan anak-anak yang memanggilnya ibu
Dia permaisuri dalam rumahtangganya
Memerintah dengan bijaksana
Bangunnya awal di pagi hari
Menyahut tugas dengan sungguh-sungguh
Kerja dilaksanakan tanpa tangguh
Kebajikan keluarga kemegahan dirinya

Tadbiran sempurna penambat hati suami
Hatinya tersenyum puas
Mendidik anak-anak dengan bijaksana
Pekerti anak terdidik baik dan taat
Pada Allah dan Rasul
Pada ibu dan ayahnya!

Gembiralah lelaki yang menjadikannya isteri
Dan gembiralah anak yang memanggilnya ibu!

Tuesday, February 1, 2011

Wahai jiwa.....berjuanglah!

Wahai jiwa yang mudah lalai dan lupa!
Tanpa kawalan iman dijiwa
Nafsumu mengarah pada kejahatan
Lantas  jiwamu dikuasainya
Gejolak nafsumu akan sentiasa membara!

Wahai jiwa yang mudah lalai dan lupa
Tanpa kawalan iman dijiwa
Lisanmu akan mengatakan yang dusta
Matamu rakus dan liar pada yang haram
Kaki dan tanganmu mengarah pada yang terlarang
Akhirnya kecundanglah dirimu
Bergelumang dalam noda  dan maksiat!

Wahai jiwa yang selalu lalai dan lupa
Carilah jalan keluar.........
Dari kemelut dan kekalutan hidup ini
Bebaskan dirimu dari belenggu rantaian nafsu...
Pasti dirimu mampu menuju kebahagiaan
Itukan yang sering didambakan?

Maka, kasihanilah dirimu sendiri
Berjuanglah.....
Masa tidak menunggumu!
Perjuanganmu masih belum selesai!

Nukilan 
RAW

Monday, January 31, 2011

Pesona Cinta


Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku

Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung

Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja

Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya

Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati

Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Perliharalah...

Monday, January 24, 2011

Nostalgia lalu....

Dari kejauhan ini....
Aku terkenang semula...
Nostalgia masa lalu.....
Menghantui diriku....
Sesekali menerjah hati dan perasaanku.....
Begitukah rasanya?
Merobek hati nuraniku!

Entah bila aku dapat melupakan perasaan itu
Menghantui diriku..........
Kini sesekali mencengkam jiwaku...
Walaupun kini tersimpan dalam lipatan sanubariku!

Semua itu kini .....
hanya tinggal kenangan dan nostalgia lalu...
Datangnya bagai tiupan angin taufan
Menggetar perasaan....!!
Perginya bagai badai menghempas lautan.....
Meninggalkan tepian pantai penuh kesyahduan.....

Begitulah lumrahnya dunia.....
Ujian datang bagai tidak disangka.....
Sehingga realiti diri ini disaluti luka.....
Aduh....sakitnya ketika itu!!

Namun masa yang berlalu...
Mengubati luka lalu...
Hidup perlu diteruskan...
Menggapai matlamat lebih hakiki
Menuju cinta illahi!

Walau apa yang telah berlaku..
Tidak ku salahi sesiapa...
Kecuali diriku.....
Ku insafi setiap cubaan itu...
Mengandung hikmah yang banyak
Disebalik ujian terdapat rahmah!

Kini pasrahnya aku padaMu.........
Tempat tujuan hidup dan matlamat diriku ini....
Hanya diKau tempatku berserah...
Kaulah satu-satunya...
Sumber kekuatan diriku...
Dalam menempuh kehidupan yang berliku!!

Nukilan
RAW

Sunday, December 5, 2010

Mutiara kata Imam Malik

1. Apabila sesaorang itu memuji dirinya sendiri, hilanglah kebijaksanaannya.

2. Bila engkau ditanya tentang suatu perkara, hendaklah kamu halusi pendapat orang lain kerana ketelitian itu menghapuskan fikiran sempit.

3. Zuhud itu bukanlah tidak mempunyai harta tetapi mengosongkan hati daripadanya.

4. Apabila sesaorang manusia tidak berbuat baik kepada dirinya, dia juga tidak baik di sisi manusia.

5. Ilmu itu cahaya. Tidak jinak ia kecuali pada hati yang khusyuk dan takwa.

Sepuluh Wasiat Dari Imam As-Syahid Hassan al- Banna

1.Apabila mendengar azan, bangunlah bersembahyang dengan serta merta walaubagaimana keadaan sekali pun.
2. Bacalah Al- Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana Bahasa Arab yang betul itu ialah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong itu tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Alla itu sentiasa tenang dan tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan sungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8.  Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebaikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak dari  masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

BACALAH, RENUNGILAH, DAN AMALKANLAH..............................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
7