Sunday, December 5, 2010

Mutiara kata Imam Malik

1. Apabila sesaorang itu memuji dirinya sendiri, hilanglah kebijaksanaannya.

2. Bila engkau ditanya tentang suatu perkara, hendaklah kamu halusi pendapat orang lain kerana ketelitian itu menghapuskan fikiran sempit.

3. Zuhud itu bukanlah tidak mempunyai harta tetapi mengosongkan hati daripadanya.

4. Apabila sesaorang manusia tidak berbuat baik kepada dirinya, dia juga tidak baik di sisi manusia.

5. Ilmu itu cahaya. Tidak jinak ia kecuali pada hati yang khusyuk dan takwa.

Sepuluh Wasiat Dari Imam As-Syahid Hassan al- Banna

1.Apabila mendengar azan, bangunlah bersembahyang dengan serta merta walaubagaimana keadaan sekali pun.
2. Bacalah Al- Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana Bahasa Arab yang betul itu ialah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong itu tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Alla itu sentiasa tenang dan tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan sungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8.  Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebaikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak dari  masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

BACALAH, RENUNGILAH, DAN AMALKANLAH..............................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
7