Monday, August 23, 2010

Petunjuk untuk diri

Setiap amal bergantung niat
Ikhlaskan niat, bersihkan hati
Supaya matlamat jadi lurus dan suci
Menyusuri jalan illahi
Menemui cinta abadi yang hakiki

Jangan  diremehkan dosa yang sedikit
Dosa-dosa sedikit akan kian membukit
Hati akan di penuhi penyakit
Jiwa sakit dan dada jadi sempit
Masalah diri kian menghimpit

Hiasi diri dengan sifat khauf dan raja'
Tidak kenal putus asa dengan rahmatNya
Berjihad bermujahadah dengan segera
Mengawal nafsu janganlah leka
Istigfar dan taubat sentiasa dibaca
Pengubat jiwa yang mudah teruja

Syurga dikelilingi perkara yang dibenci
Neraka dikelilingi hawa nafsu yang dicintai
Setiap diri tiada mampu melepasi
Melainkan dengan rahmat dan petunjuk illahi

Wednesday, August 4, 2010

Insan fakir.....

Udara dihirup air diminum...
Pancaindera diguna....
Nikmat di peroleh
Bukan milik mutlakmu !
Rumahmu yang tersergam indah..
Hartamu yang banyak...
Pangkatmu yang tinggi....
Hanya pinjaman sementara!
Tapi alangkah bangganya diri.....
dengan kejayaan dan kebolehan dirimu...
Berkata dengan sombong dan bongkak...
Semua itu dengan usaha dan titik peluhku!!

Aduhai.....Tidakkah dikau sedari wahai insan.....
Engkau sebenarnya fakir di mata Allah!!
Sebenarnya tidak punya apa-apa...
Segalanya milik Allah Yang Maha Agung!
Kenapa perlu berbangga?
Segalanya pasti  kembali padaNya!
Insan ini umpama debu yang berterbangan...
Tiada nilai  tiada harga
Yang dilupakan disisiNya

Bila tiada iman dan takwa!!

oleh
RAW

Tuesday, August 3, 2010

Aku seorang pelayar...

Aku seorang pelayar....
Dalam bahtera kehidupan....
Melayari hidup ini..
Menuju satu destinasi....!!
Setiap detik yang berlalu....
Dari satu laungan azan ke azan berikutnya..
Dari satu hari ke satu hari.....
Dari satu jumaat ke satu jumaat dan seterusnya........

Destinasi akhirku semakin mendekat!
Aduh...kecut perut ku....!
Bagaimana persediaanku?
Cukupkah bekalanku?
Untuk ku bawa kesana?
Persoalan ini sering menghantuiku...
Aku belum bersedia....
Aku belum bersedia......
Masa tidak menunggumu...
Ia terus berlalu...!!
Perhatikanlah apa yang diperbuat....
Selidikilah jalan yang diterokai..
Tingkatkanlah amal  solehmu...
Supaya tenang jiwa..
Melayari bahtera kehidupan.....
Menuju keredaan illahi!!

Ramadhan...oh Ramadhan!

Kedatangan mu begitu istimewa....
Menjengah kehidupan para muslim..
Membawa seribu rahmat dan berkat...
Membekali para mujahid dan pendakwah tulus..
Mengisi bekalan dalam perjalanan hidup penuh mehnah ini..
Menegakkan kalimah  Allah yang suci!!
Ramadhan..
Kedatangan mu dinanti.....
Siangmu diisi dengan tarbiyah dan kawalan diri..
Malammu insan bermunajat  dengan kesungguhan hati..
Menghadapkan jiwa untuk di redai.... !!
 Ramadhan....
Taman-taman syurgamu semerbak mewangi...
Menghiasi kamar-kamar hati yang sepi...
Merindui ketenangan dan cinta abadi.
Ramadhan....
Kedatanganmu  ini sungguh bererti...
Dikau membawa ....
seribu harapan...
seribu keampunan
seribu keberkatan..
pada insan lemah yang kecundang..
dibuai hawa nafsu yang serakah...
pada insan yang lupa diri.....
tenggelam dalam dosa dan noda...
Ayuh...bangunlah wahai diri!!
Usah relakan dirimu terus begini...
Ampunan dan rahmat Allah begitu luas!!

Bangunlah...dari kelalaianmu di saat ini!!

oleh
RAW
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
7